Sunday, January 27, 2008

KURIKULUM DAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

PEMBENTANGAN RPH (19/2/2008)

HASMAH BINTI MD YUSOF
IZLINA BINTI MOHD SAM
MUSAINI BINTI MUSBAN
NADIA BINTI RAHIM
NOOR SHAREEZA AZZURA BINTI SHAHRUDDIN
NORHAFIDAH BINTI AZMAN



PEDAGOGI MINOR

OBJEKTIF:

Pada akhir tajuk ini guru pelatih dapati.

i. Memahami kandungan kurikulum dan kaedah perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

ii. Mengamalkan langkah keselamatan dan melaksanakan aktiviti di bengkel atau tempat kerja

iii. Menyediakan struktur organisasi bengkel/ tempat kerja Kemahiran Hidup, dan

iv. Mengurus bahan, alatan tangan dan rekod secara berkesan dengan menggunakan perisian komputer yang sesuai



Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran boleh didapati dengan klik

HSP KEMAHIRAN HIDUP T4
HSP KEMAHIRAN HIDUP T5
HSP KEMAHIRAN HIDUP T6

* anda memerlukan perisian Acrobat Reader untuk membaca fail ini.





PENYEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN



Mata Pelajaran:

Kelas :

Masa :

Tarikh :

Bilangan pelajar :

Tajuk :

Kemahiran :

Pengetahuan Sedia Ada :

Hasil Pembelajaran :

Kemahiran Berfikir :

Penerapan nilai :

Bahan Bantu Mengajar :





Catatan Refleksi Guru Pelatih:


PENULISAN HASIL PEMBELAJARAN (HP)

Hasil pembelajaran merupakan satu daripada aspek yang dinilai sewaktu menjalani latihan praktikum. Guru pelatih perlu melatih diri menulis hasil pembelajaran yang baik dengan memasukkan aspek ABC dan D.

A - Audience (khalayak)
B- Behaviour (tingkahlaku)
C - Condition (syarat)
D - Degree (darjah pencapaian)


Cuba elak dari menggunakan penilaian implisit dalam penulisan HP seperti mengetahui atau memahami sebaliknya gunakan perkataan seperti menyebut, melabel, menyatakan, menamakan dan lain-lain lagi.


Latihan:

Nyatakan kekurangan penulisan HP di bawah

a) Murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari ini.
b) Di akhir pengajaran murid-murid dapat menceritakan proses menyediakan medium semaian.
c) 7 daripada 10 orang murid dapat melakukan amali menggergaji dengan betul pada akhir sesi pengajaran
d) Di akhir pengajaran, murid menyapu, mengemas dan membersihkan kelas sebelum bersurai.


19 comments:

fatthima84 said...

Fatthima Bt Mohamad Hussain
KPLI Sains 1(2008)

Nyatakan kekurangan penulisan HP di bawah

a) Murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari ini.
b) Di akhir pengajaran murid-murid dapat menceritakan proses menyediakan medium semaian.
c) 7 daripada 10 orang murid dapat melakukan amali menggergaji dengan betul pada akhir sesi pengajaran
d) Di akhir pengajaran, murid menyapu, mengemas dan membersihkan kelas sebelum bersurai.

Jawapan :

a) Bagi Jawapan A, hasil pembelajaran tersebut sangat am . Seharusnya ia lebih spesifik dan merangkumi A=Audience, B= Behaviour(Eksplisit), C= Condition, dan D= Degree

b) Hasil pembelajaran tersebut tidak mengandungi C= Condition dan D=Degree

Di akhir pengajaran, murid-murid dapat menyatakan proses menyediakan medium semaian dengan betul (c).

c) Hasil pembelajaran tersebut mempunyai Degree yang rendah. Sepatutnya peratus mesti lebih daripada 70%.

Di akhir pengajaran, 80% orang murid dapat melakukan amali menggergaji dengan betul.


d) Hasil pembelajaran tersebut tidak mengandungi Condition dan Degree

Di akhir pengajaran, murid menyapu, mengemas dan membersihkan kelas dengan sekurang-kurangnya 80% pencapaian dengan betul sebelum bersurai

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Nama: Hasmah bt Md Yusof
Opsyen: KPLI Sains 1

a) Murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari ini.
Komen: Hasil pembelajaran tidak eksplisit, tidak diketahui tahap pencapaian murid-murid.

b) Di akhir pengajaran murid-murid dapat menceritakan proses menyediakan medium semaian.
Komen: Hasil pembelajaran tidak mengandungi faktor C(condition) dan D (degree).

c) 7 daripada 10 orang murid dapat melakukan amali menggergaji dengan betul pada akhir sesi pengajaran
Komen: Hasil mempelajaran yang baik kerana meliputi setiap faktor A (audience), B(behaviour), C(condition) dan D(degree).

d) Di akhir pengajaran, murid menyapu, mengemas dan membersihkan kelas sebelum bersurai.
Komen: Bukan hasil pembelajaran.

anuar said...
This comment has been removed by the author.
anuar said...

Nyatakan kekurangan penulisan HP di bawah

a) Murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari ini.
-Untuk soalan ini, hasil pembelajaran tidak spesifik kerana tidak mempunyai Condition selain itu objektif tidak boleh digunakan untuk hasil pembelajaran.

b) Di akhir pengajaran murid-murid dapat menceritakan proses menyediakan medium semaian.
- Untuk HP ini ianya tidak berapa lengkap kerana tidak mempunyai Condition&Degree. Sepatutnya di akhir pengajaran murid-murid dapat menceritakan proses menyediakan medium semaian 4 daripada 5 dengan tepat.

c) 7 daripada 10 orang murid dapat melakukan amali menggergaji dengan betul pada akhir sesi pengajaran
- Untuk HP ini ianya tidak lengkap kerana degree yang digunakan tidak melebihi 70%

d) Di akhir pengajaran, murid menyapu, mengemas dan membersihkan kelas sebelum bersurai.
- Untuk HP ini, ianya lebih kepada nilai-nilai murni yang diterapkan kepada murid-murid dan bukan HP

ryn's said...

a) Murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari ini.
Komen: hasil pembelajaran yang tidak lengkap dan salah kerana terlalu am.tidak ada ciri-ciri spesifik seperti audian(Audience),kelakuan(behaviour),
keadaan(condition), dan darjah (degree)
b) Di akhir pengajaran murid-murid dapat menceritakan proses menyediakan medium semaian.
Komen: Hasil pembelajaran tidak mengandungi ciri-ciri keadaan(condition) dan darjah (degree)

c) 7 daripada 10 orang murid dapat melakukan amali menggergaji dengan betul pada akhir sesi pengajaran
Komen: Hasil mempelajaran yang baik kerana meliputi setiap ciri A (audience), B(behaviour), C(condition) dan D(degree).

d) Di akhir pengajaran, murid menyapu, mengemas dan membersihkan kelas sebelum bersurai.
Komen: Bukan hasil pembelajaran yang baik dan lengkap.

Amir Hamzah said...

a) Murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari ini.

(Jawapan) Hasil pembelajaran tidak menyatakan tahap pencapaian murid-murid (aspek 'degree')

b) Di akhir pengajaran murid-murid dapat menceritakan proses menyediakan medium semaian.

(Jawapan) Hasil pembelajaran tidak mengandungi aspek C dan D.

c) 7 daripada 10 orang murid dapat melakukan amali menggergaji dengan betul pada akhir sesi pengajaran

(Jawapan) Hasil mempelajaran yang baik kerana menyatakan kesemua aspek A, B, C, dan D.

d) Di akhir pengajaran, murid menyapu, mengemas dan membersihkan kelas sebelum bersurai.

(Jawapan) Pernyataan ini tidak berkaitan langsung dengan sukatan pelajaran, bahkan tiada aspek A, B, C, dan D.

norhafidah said...

Nyatakan kekurangan penulisan HP di bawah

a) Murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari ini.
b) Di akhir pengajaran murid-murid dapat menceritakan proses menyediakan medium semaian.
c) 7 daripada 10 orang murid dapat melakukan amali menggergaji dengan betul pada akhir sesi pengajaran
d) Di akhir pengajaran, murid menyapu, mengemas dan membersihkan kelas sebelum bersurai.

Jawapan:

a)Hasil pembelajaran ini terlalu am dan umum. Ia seharusnya lebik spesifik dan mengandungi aspek A,B,C dan D iaitu A=Audience, B=Behaviour, C= Condition dan D=Degree.

b)Hasil pembelajaran ini tidak mengandungi aspek C=Condition dan D=Degree

c)Hasil mempelajaran yang baik kerana meliputi 4 faktor iaitu A=Audience, B=Behaviour, C=Condition dan D=Degree

d)Bukan hasil pembelajaran

Lim Woei Fen said...

Nama : Lim Woei Fen
Opsyen: KPLI Sains 1 (2008)

a)Komen: Hasil pembelajaran ini terlalu umum dan tidak spesifik. Faktor-faktor seperti "Audience", "Behaviour", "Condition" dan "Degree" tidak ternyata dengan jelas.

b)Komen: Hasil pembelajaran tidak mengandungi faktor "Condition" dan "Degree".

c)Komen: Hasil pembelajaran ini baik kerana merangkumi keempat-empat faktor iaitu " Audience", "Behaviour", "Condition" dan "Degree"

d)Komen: Bukan merupakan hasil pembelajaran kerana tiada keempat-empat faktor iaitu "Audience", "Behaviour", "Condition" dan "Degree".

Azizan Jamal said...

Azizan Jamal
KPLI Sains 1

a) Murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari ini.

Hasil pembelajaran tidak spesifik. Seharusnya mengandungi elemen Audience, Behaviour, Condition dan Degree

b) Di akhir pengajaran murid-murid dapat menceritakan proses menyediakan medium semaian.

Hasil pembelajaran yang tidak lengkap dengan elemen Condition dan Degree.

c) 7 daripada 10 orang murid dapat melakukan amali menggergaji dengan betul pada akhir sesi pengajaran

Hasil pembelajaran mempunyai semua elemen tetapi tahap Degree sepatutnya melebihi 70%.

d) Di akhir pengajaran, murid menyapu, mengemas dan membersihkan kelas sebelum bersurai.

Bukan sebuah hasil pembelajaran.

musaini said...

musaini bt musban
KPLI Sains 1 (2008)

Nyatakan kekurangan penulisan HP di bawah:

a) murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari ini.
Jawapan: hasil pembelajaran tidak spesifik kerana tidak mempunyai (B) Behaviour, (C) Condition dan (D) Degree.

b) Di akhir pengajaran murid-murid dapat menceritakan proses menyediakan medium semaian.
Jawapan: hasil pembelajaran bagi HP ini tidak mengandungi Condition (C) dan Degree (D).

c) 7 daripada 10 orang murid dapat melakukan amali meggergaji dengan betul pada akhir sesi pengajaran.
Jawapan: Degree bagi hasil pembelajaran ini rendah, sepatutnya lebih tinggi daripada 70%.

d) Di akhir pengajaran, murid menyapu, mengemas dan membersihkan kelas sebelum bersurai.
Jawapan: Ini bukan hasil pembelajaran kerana lebih kepada nilai-nilai murni.

shareezaazzura said...

a) Cara penulisan terlalu umum. Elemen A(audience),B(behaviour),C(condition) dan D(degree) seharusnya dinyatakan dengan jelas dan tepat dalam penulisan hasil pembelajaran.

b) Aspek C(condition) dan D(degree) tidak dinyatakan dalam penulisan, hanya elemen A(audience) iaitu murid-murid dan elemen B(behaviour) iaitu menceritakan proses menyediakan medium semaian dinyatakan dalam hasil pembelajaran.

c) Setiap elemen A(audience),B(behaviour),C(condition) dan D(degree) ada dinyatakan dalam hasil pembelajaran.

d) Tidak menepati ciri-ciri hasil pembelajaran.

Lim May Siah said...

Lim May Siah
KPLI Sains 1(2008)

Nyatakan kekurangan penulisan HP di bawah

(a) Murid - murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari ini.
Komen: Hasil pembelajaran yang umum dan tidak dimasukkan aspek B (Behaviour), C (Condition) dan D (Degree).

(b) Di akhir pengajaran murid-murid dapat menceritakan proses menyediakan medium semaian.
Komen: Hasil pembelajaran tidak memasukkan aspek C (Condition) dan D (Degree).

(c) 7 daripada 10 orang murid dapat melakukan amali menggergaji dengan betul pada akhir sesi pengajaran.
Komen: Hasil mempelajaran yang baik kerana mempunyai aspek A (Audience), B (Behaviour), C (Conditon) dan D (Degree).

(d) Di akhir pengajaran, murid menyapu, mengemas dan membersihkan kelas sebelum bersurai.
Komen: Bukan merupakan sebuah hasil pembelajaran.

suarakerdilan said...

a) Murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari ini.

Tidak mengandungi elemen Audience, Behaviour, Condition dan Degree

b) Di akhir pengajaran murid-murid dapat menceritakan proses menyediakan medium semaian.

Elemen Condition dan Degree tidak disertakan.

c) 7 daripada 10 orang murid dapat melakukan amali menggergaji dengan betul pada akhir sesi pengajaran

Peratusan Degree tidak melebihi 70%.

d) Di akhir pengajaran, murid menyapu, mengemas dan membersihkan kelas sebelum bersurai.

Ini merupakan aktiviti yang djalankan selepas pembelajaran maka bukan hasil pembelajaran.

amirah said...

Nyatakan kekurangan penulisan HP di bawah

a) Murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari ini.
b) Di akhir pengajaran murid-murid dapat menceritakan proses menyediakan medium semaian.
c) 7 daripada 10 orang murid dapat melakukan amali menggergaji dengan betul pada akhir sesi pengajaran
d) Di akhir pengajaran, murid menyapu, mengemas dan membersihkan kelas sebelum bersurai.


a) Hasil pembelajaran tidak spesifik kerana tidak mempunyai (B) Behaviour, (C) Condition dan (D) Degree.
b) Hasil pembelajaran yang tidak lengkap kerana tidak mempunyai Condition dan Degree.
c) Hasil mempelajaran yang baik kerana menyatakan kesemua aspek A, B, C, dan D.
d) Bukan merupakan hasil pembelajaran kerana tiada keempat-empat faktor A, B, C dan D.

IzlinaMS said...

)Hasil pembelajaran terlalu umum.(Tiada A,B,C dan D
b)Hasil pembelajaran yang diberikan tiada C=condition dan D=degree
c)Hasil pembelajaran amali lebih sesuai degree diwakili oleh peratusan siap amali yang dijalankan.
d)Hasil pembelajaran yang diberi tidak berkenaan dengan P&P yang dijalankan.

nadia said...

Nyatakan kekurangan penulisan HP di bawah

a) Murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari ini.
b) Di akhir pengajaran murid-murid dapat menceritakan proses menyediakan medium semaian.
c) 7 daripada 10 orang murid dapat melakukan amali menggergaji dengan betul pada akhir sesi pengajaran
d) Di akhir pengajaran, murid menyapu, mengemas dan membersihkan kelas sebelum bersurai.



a) Bagi Jawapan A, hasil pembelajaran tersebut sangat am . Ia tidak memenuhi syarat-syarat hasil pembelajaran iaitu HP mesti mengandungi A=Audience, B= Behaviour, C= Condition, dan D= Degree

b) Hasil pembelajaran tersebut tidak mengandungi C= Condition dan D=Degree

c) Peratus Hasil pembelajaran rendah. Sepatutnya lebih daripada 70%.


d) Bukan hasil pembelajaran.

erny mazura said...

Nyatakan kekurangan penulisan HP di bawah

a) Murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari ini.

Komen: Hasil pembelajaran tersebut sangat am. Ia sepatutnya dihurai dengan lebih spesifik dan merangkumi A=Audience, B= Behaviour(Eksplisit), C= Condition, dan D=Degree

b)Di akhir pengajaran murid-murid dapat menceritakan proses menyediakan medium semaian.

Komen: Hasil pembelajaran ini tidak mempunyai C(Condition) dan D(Degree).

c) 7 daripada 10 orang murid dapat melakukan amali menggergaji dengan betul pada akhir sesi pengajaran.

Komen: Hasil pembelajaran ini baik kerana menyatakan kesemua aspek A,B,C dan D dengan betul.

d) Di akhir pengajaran, murid menyapu, mengemas dan membersihkan kelas sebelum bersurai.

Komen: Ini bukan hasil pembelajaran kerana ia tiada kaitan langsung dengan isi pelajaran.

ahmad zamri said...

assalamualaikum.

berkenaan dengan hasil pembelajaran ini, saya dapat memberi komen seperti ini:-

a) Murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari ini.

Komen: Hasil pembelajaran terlalu umum. Sepatutnya disebut apakah objektif itu dengan lebih jelas. Darjah (degree) pencapaian murid dan syarat(condition) perlu dinyatakan. Perkataan mencapai juga tidak dapat disukat kerana ia tidak dapat dilihat.

b)Di akhir pengajaran murid-murid dapat menceritakan proses menyediakan medium semaian.

Komen: Hasil pembelajaran ini tidak mempunyai syarat(Condition) dan Darjah(Degree). Perbuatan menceritakan juga mungkin lebih sesuai digantikan dengan menyebut atau menyenaraikan.

c) 7 daripada 10 orang murid dapat melakukan amali menggergaji dengan betul pada akhir sesi pengajaran.

Komen: Hasil pembelajaran ini baik kerana menyatakan kesemua aspek A,B,C dan D dengan betul.

d) Di akhir pengajaran, murid menyapu, mengemas dan membersihkan kelas sebelum bersurai.

Komen: ini adalah nilai-nilai murni, tidak harus diletakkan pada hasil pembelajaran.

sekian terima kasih