Thursday, February 21, 2008

SUMBER KEWANGAN

PEMBENTANGAN RPH (25/2/2008)

CLETUS THEN KAE SY
MD RIZAL BIN MD YASIN
AILI AIRIN BINTI AHMAD TALJIDIN
AMIRAH BINTI ABDOL AZIZ
ERNY MAZURA BINTI MISBAH
FATTHIMA BINTI RM MOHAMAD HUSSAIN
HAIRUNNISA BINTI ANUAR


SUMBER KEWANGAN SEKOLAH

Punca Kewangan Sekolah

- Kumpulan Wang Kerajaan
- Kumpulan Wang Suwa
- Kumpulan Wang Asrama
- Kumpulan Wang daripada waran peruntukan kecil

KLASIFIKASI

Wang Suwa (sumbangan wang awam) sekolah ialah wang yang
diterima oleh pihak sekolah selain pemberian bantuan daripada pihak kerajaan dan yang berkaitan dengan kumpulan wang asrama.

Wang Suwa termasuk:
1. Yuran khas (Sukan, Perpustakaan, Pendidikan Seni)
2. Derma daripada orang ramai
3. Sewaan harta sekolah
4. Jualan daripada kedai buku sekolah
5. Yuran peperiksaan dalaman
6. Majalah Sekolah
7. Insuran
8. Majlis Sukan-sukan
9. Lain-lain kutipan yang diluluskan

Wang Suwa digunakan bagi tujuan seperti berikut:
1.Wang yang dikutip khas bagi sesuatu tujuan
Apabila pihak sekolah membuat kutipan daripada murid-murid ataupun orang awam khas bagi sesuatu tujuan, umpamanya yuran sukan ataupun permainan, wang yang dikutip itu perlu digunakan bagi tujuan itu sahaja.
2.Wang dikutip secara am
Kutipan seperti sewa kantin, derma am adalah kutipan yang tidak dikhaskan bagi sesuatu tujuan. Wang yang diterima daripada punca itu boleh digunakan oleh pihak sekolah bagi perbelanjaan lain yang dapat memberi manfaat secara langsung kepada murid-murid.

Bacaan seterusnya KLIK SINI

Read this doc on Scribd: SUMBER KEWANGAN

Sunday, January 27, 2008

KURIKULUM DAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

PEMBENTANGAN RPH (19/2/2008)

HASMAH BINTI MD YUSOF
IZLINA BINTI MOHD SAM
MUSAINI BINTI MUSBAN
NADIA BINTI RAHIM
NOOR SHAREEZA AZZURA BINTI SHAHRUDDIN
NORHAFIDAH BINTI AZMAN



PEDAGOGI MINOR

OBJEKTIF:

Pada akhir tajuk ini guru pelatih dapati.

i. Memahami kandungan kurikulum dan kaedah perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

ii. Mengamalkan langkah keselamatan dan melaksanakan aktiviti di bengkel atau tempat kerja

iii. Menyediakan struktur organisasi bengkel/ tempat kerja Kemahiran Hidup, dan

iv. Mengurus bahan, alatan tangan dan rekod secara berkesan dengan menggunakan perisian komputer yang sesuai



Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran boleh didapati dengan klik

HSP KEMAHIRAN HIDUP T4
HSP KEMAHIRAN HIDUP T5
HSP KEMAHIRAN HIDUP T6

* anda memerlukan perisian Acrobat Reader untuk membaca fail ini.





PENYEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN



Mata Pelajaran:

Kelas :

Masa :

Tarikh :

Bilangan pelajar :

Tajuk :

Kemahiran :

Pengetahuan Sedia Ada :

Hasil Pembelajaran :

Kemahiran Berfikir :

Penerapan nilai :

Bahan Bantu Mengajar :





Catatan Refleksi Guru Pelatih:


PENULISAN HASIL PEMBELAJARAN (HP)

Hasil pembelajaran merupakan satu daripada aspek yang dinilai sewaktu menjalani latihan praktikum. Guru pelatih perlu melatih diri menulis hasil pembelajaran yang baik dengan memasukkan aspek ABC dan D.

A - Audience (khalayak)
B- Behaviour (tingkahlaku)
C - Condition (syarat)
D - Degree (darjah pencapaian)


Cuba elak dari menggunakan penilaian implisit dalam penulisan HP seperti mengetahui atau memahami sebaliknya gunakan perkataan seperti menyebut, melabel, menyatakan, menamakan dan lain-lain lagi.


Latihan:

Nyatakan kekurangan penulisan HP di bawah

a) Murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari ini.
b) Di akhir pengajaran murid-murid dapat menceritakan proses menyediakan medium semaian.
c) 7 daripada 10 orang murid dapat melakukan amali menggergaji dengan betul pada akhir sesi pengajaran
d) Di akhir pengajaran, murid menyapu, mengemas dan membersihkan kelas sebelum bersurai.


KESELAMATAN DAN ORGANISASI BENGKEL

1. Keselamatan, rawatan kecederaan dan rekod kemalangan

Penulisan ini dibuat dalam dua bentuk iaitu penulisan dan slaid powerpoint.

Sistem saraf
Terbakar dan Melecur
Pemadam api
Peti pertolongan cemas
Kecederaan dan rawatan


Latihan:
Sediakan jadual kerja dan struktur organisasi bengkel Kemahiran Hidup.

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN UNIT

Friday, January 18, 2008

PERSEDIAAN MENGAJAR, PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO