Thursday, March 26, 2009

PENILAIAN RPH

Hasil penilaian RPH yang dihantar, saya mendapati :
  • ramai pelajar yang menghantar RPH tidak peka pada perubahan kulit depan
  • tidak merujuk kepada sukatan pelajaran KH
  • menciplak dari buku teks sekolah
  • tidak menghantar bahan bantu mengajar dalam bentuk digital
  • penulisan Hasil Pembelajaran (HP) tidak eskplisit.
  • tidak dapat membezakan antara isi pelajaran dan aktiviti P&P
Kepada pelajar PSV, BM dan KS, terdapat beberapa perubahan pada kulit depan tugasan. Hanya beberapa pelajar sahaja yang dapat menulisnya dengan betul.
Semua penulisan RPH mesti merujuk kepada sukatan pelajaran KH dahulu BUKAN rujuk buku teks!!
HP eksplisit, sila baca penulisan hasil pembelajaran pada
http://pedagogikpli08.blogspot.com/2008/01/kurikulum-dan-pelaksanaaan-mata.html

Harap maklum.

Saturday, February 28, 2009

ARAHAN KHAS KPLI BIMBINGAN KAUNSELING

Binakan RPH mengikut tajuk yang diberikan.
Download sukatan KH mengikut tahun yang ditentukan.
(Sukatan ada dalam blog ini)
Hantar RPH pada perjumpaan pertama 30.3.09.
Pastikan semua pertanyaan sampai sebelum 30.03.09 kerana pembentangan pertama akan dimulakan pada 30.03.09

TAHUN 6

1. Penghasilan Projek Reka Cipta
Mohd Kamaruzaman

2. Penghasilan projek elektronik
Mohd Taufik

3. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada mesin mudah
Iskandar

4. Penghasilan artikel
Abdul Razak

5. Penyediaan tapak
Mohd Nur

6. Penanaman dan penjagaan
Izayanti

7. Membuat rancangan jualan
Noor Ain'

8. Menyediakan barang jualan
Norliya

9. Promosi melalui katalog
Zaiton

10. Menyusun atur barang
Siti Norwani

11. Risiko dalam perniagaan
Fauziah

Tahun 5

12. Membuka dan memasang kit model
Samihah

13. Pencetusan dan penjanaan idea kreatif melalui projek eksperimental
Norzila

14. Ikan hiasan
Nazarul

15. Perniagaan dan Keusahawanan
Ezriena

TAHUN 4

16. Keselamatan dan organisasi bengkel
Suriani

17. Tanaman Hiasan


18. Barang Jualan

Tuesday, February 24, 2009

TUGASAN KPLI 2009

KPLI BM/KH, KPLI PSV/KH, KPLI KS/KH DAN KPLI BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Di sini diperincikan tugasan pedagogi yang perlu anda laksanakan.
Tugasan ini berbentuk individu.

a. Dapatkan sukatan pelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah untuk :
- tahun 4
- tahun 5
- tahun 6

b. Bahagikan tajuk mengikut perancangan masa 2 waktu persekolahan. Anggaran 50-60 minit

c. Binakan Rancangan Mengajar Harian mengikut tajuk yang dipilih.
Ikut format RPH yang diberikan dalam blog ini.

d. Sediakan bahan-bantu mengajar dalam bentuk ICT

e. Senaraikan bahan rujukan yang digunakan

f. Hantar tugasan dalam bentuk hardcopy dan softcopy.

1. KULIT

- Pilih hanya SATU warna kulit hadapan untuk opsyen anda.
- Pada kulit hadapan, tuliskan mengikut urutan:

Nama institusi

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM,
JOHOR BAHRU


Nama mata pelajaran:

KEMAHIRAN HIDUP (PEDAGOGI)


Tajuk tugasan:

TAHUN/BIDANG/ UNIT/ TAJUK PEMBELAJARAN MENGIKUT SUKATAN PELAJARAN KH YANG DIPILIH

contoh:

TAHUN 5
1.7 IKAN HIASAN
a. Pengenalan


Opsyen
Nama berserta nombor telefon dan email
Nama pensyarah : MOHD ALI BIN JEMALI

2. KANDUNGAN

- Isi kandungan
- Muka surat
- Rancangan Pengajaran Harian

- Bibliografi
- Refleksi individu


3. FORMAT PENULISAN

Font : Arial , Size : 12 , Langkau : 1.5 , Alignment :Left

Thursday, February 21, 2008

SUMBER KEWANGAN

PEMBENTANGAN RPH (25/2/2008)

CLETUS THEN KAE SY
MD RIZAL BIN MD YASIN
AILI AIRIN BINTI AHMAD TALJIDIN
AMIRAH BINTI ABDOL AZIZ
ERNY MAZURA BINTI MISBAH
FATTHIMA BINTI RM MOHAMAD HUSSAIN
HAIRUNNISA BINTI ANUAR


SUMBER KEWANGAN SEKOLAH

Punca Kewangan Sekolah

- Kumpulan Wang Kerajaan
- Kumpulan Wang Suwa
- Kumpulan Wang Asrama
- Kumpulan Wang daripada waran peruntukan kecil

KLASIFIKASI

Wang Suwa (sumbangan wang awam) sekolah ialah wang yang
diterima oleh pihak sekolah selain pemberian bantuan daripada pihak kerajaan dan yang berkaitan dengan kumpulan wang asrama.

Wang Suwa termasuk:
1. Yuran khas (Sukan, Perpustakaan, Pendidikan Seni)
2. Derma daripada orang ramai
3. Sewaan harta sekolah
4. Jualan daripada kedai buku sekolah
5. Yuran peperiksaan dalaman
6. Majalah Sekolah
7. Insuran
8. Majlis Sukan-sukan
9. Lain-lain kutipan yang diluluskan

Wang Suwa digunakan bagi tujuan seperti berikut:
1.Wang yang dikutip khas bagi sesuatu tujuan
Apabila pihak sekolah membuat kutipan daripada murid-murid ataupun orang awam khas bagi sesuatu tujuan, umpamanya yuran sukan ataupun permainan, wang yang dikutip itu perlu digunakan bagi tujuan itu sahaja.
2.Wang dikutip secara am
Kutipan seperti sewa kantin, derma am adalah kutipan yang tidak dikhaskan bagi sesuatu tujuan. Wang yang diterima daripada punca itu boleh digunakan oleh pihak sekolah bagi perbelanjaan lain yang dapat memberi manfaat secara langsung kepada murid-murid.

Bacaan seterusnya KLIK SINI

Read this doc on Scribd: SUMBER KEWANGAN

Sunday, January 27, 2008

KURIKULUM DAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

PEMBENTANGAN RPH (19/2/2008)

HASMAH BINTI MD YUSOF
IZLINA BINTI MOHD SAM
MUSAINI BINTI MUSBAN
NADIA BINTI RAHIM
NOOR SHAREEZA AZZURA BINTI SHAHRUDDIN
NORHAFIDAH BINTI AZMAN



PEDAGOGI MINOR

OBJEKTIF:

Pada akhir tajuk ini guru pelatih dapati.

i. Memahami kandungan kurikulum dan kaedah perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

ii. Mengamalkan langkah keselamatan dan melaksanakan aktiviti di bengkel atau tempat kerja

iii. Menyediakan struktur organisasi bengkel/ tempat kerja Kemahiran Hidup, dan

iv. Mengurus bahan, alatan tangan dan rekod secara berkesan dengan menggunakan perisian komputer yang sesuai



Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran boleh didapati dengan klik

HSP KEMAHIRAN HIDUP T4
HSP KEMAHIRAN HIDUP T5
HSP KEMAHIRAN HIDUP T6

* anda memerlukan perisian Acrobat Reader untuk membaca fail ini.





PENYEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN



Mata Pelajaran:

Kelas :

Masa :

Tarikh :

Bilangan pelajar :

Tajuk :

Kemahiran :

Pengetahuan Sedia Ada :

Hasil Pembelajaran :

Kemahiran Berfikir :

Penerapan nilai :

Bahan Bantu Mengajar :





Catatan Refleksi Guru Pelatih:


PENULISAN HASIL PEMBELAJARAN (HP)

Hasil pembelajaran merupakan satu daripada aspek yang dinilai sewaktu menjalani latihan praktikum. Guru pelatih perlu melatih diri menulis hasil pembelajaran yang baik dengan memasukkan aspek ABC dan D.

A - Audience (khalayak)
B- Behaviour (tingkahlaku)
C - Condition (syarat)
D - Degree (darjah pencapaian)


Cuba elak dari menggunakan penilaian implisit dalam penulisan HP seperti mengetahui atau memahami sebaliknya gunakan perkataan seperti menyebut, melabel, menyatakan, menamakan dan lain-lain lagi.


Latihan:

Nyatakan kekurangan penulisan HP di bawah

a) Murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari ini.
b) Di akhir pengajaran murid-murid dapat menceritakan proses menyediakan medium semaian.
c) 7 daripada 10 orang murid dapat melakukan amali menggergaji dengan betul pada akhir sesi pengajaran
d) Di akhir pengajaran, murid menyapu, mengemas dan membersihkan kelas sebelum bersurai.


KESELAMATAN DAN ORGANISASI BENGKEL

1. Keselamatan, rawatan kecederaan dan rekod kemalangan

Penulisan ini dibuat dalam dua bentuk iaitu penulisan dan slaid powerpoint.

Sistem saraf
Terbakar dan Melecur
Pemadam api
Peti pertolongan cemas
Kecederaan dan rawatan


Latihan:
Sediakan jadual kerja dan struktur organisasi bengkel Kemahiran Hidup.

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN UNIT

Friday, January 18, 2008

PERSEDIAAN MENGAJAR, PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO